Ciri-ciri Seorang Affiliate Yang Berjaya

Saturday, 23 November 2013

Sebelum anda menjadi seorang affiliate yang berjaya, anda harus elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa anda ke arah jalan yang sia-sia. Apa yang saya maksudkan ialah anda melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan hasil yang berlainan.
Ciri-ciri Seorang Affiliate Yang Berjaya



Jika perkara yang anda lakukan tersebut ternyata salah, ianya hanyalah akan membawa kerugian buat anda dari segi masa, tenaga dan kos wang ringgit. Anda harus sentiasa melakukan perkara yang boleh menyumbang kearah kejayaan anda sebagai seorang affiliate di masa hadapan.

Walaupun jika sekarang ini anda boleh dikatakan sudah mula berjaya dengan affiliate, anda harus dalam masa yang sama mencari jalan ataupun kaedah untuk terus membangunkan perniagaan affiliate anda serta proses untuk membuatkan ia lebih mudah.

Anda harus berupaya duplikasi usaha anda agar anda boleh mengembangkan lagi bisnes affiliate anda.

Jika anda ingin menjana pendapatan sehingga 4 atau 5 angka melalui affiliate, anda mesti lakukan sesuatu yang jauh lebih efektif dan berkesan daripada apa yang sedang anda lakukan ketika ini. Jualan produk-produk affiliate anda harus digandakan berkali-kali ganda berbanding ketika anda baru hendak bermula dengan affiliate suatu ketika dahulu.

Pasti anda tanya, “Macam mana nak lakukannya atau apa ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang itu untuk menjadi affiliate yang mampu manjana sehingga 4-5 angka?”

Usah risau, berikut saya kongsikan bersama anda 3 ciri-ciri yang harus ada dalam diri anda untuk menjadi seorang affiliate yang mampu menjana sehingga 5 angka pendapatan.


Ciri-ciri #1: Berfikir seperti seorang usahawan atau ‘business owner

Mungkin pada pandangan pertama anda, anda membayangkan seorang affiliate yang hanya menyendiri, menjual ribuan produk affiliate setiap bulan tanpa bergantung kepada pertolongan atau penglibatan orang lain.

Anda membayangkan affiliate yang betul-betul berjaya ialah mereka yang hanya berusaha seorang diri dan mengaut keuntungan bersih sorang-sorang

Mari kita perbetulkan tanggapan tersebut.

Jika anda ingin bergelar “Super Affilaite”, anda patut buangkan sifat tersebut jauh-jauh. Elakkan berfikiran sedemikian.

Kebanyakkan ‘Super Affiliate’ di pasaran luar negera terutamanya adalah mereka yang mempunyai pasukan atau team mereka tersendiri. Para pemasar affiliate tersebut mempunyai gabungan mantap yang terdiri daripada pekerja kontrak, freelancer mahupun kakitangan yang dibayar gaji tetap.

Jika anda ingin benar-benar sukses di masa hadapan menjadi seorang affiliate yang menjana ribuan ringgit mahupun dollar, anda harus mencari orang lain yang boleh membantu mengembangkan perusahaan perniagaan affiliate anda.

Jangan fikirkan anda boleh lakukan semuanya dengan seorang diri. Bak kata pepatah Inggeris “It is not a one man show”.

Selain itu, anda harus tetapkan dalam minda anda bahawa seorang affiliate tidak hanya hidup menyendiri. Affiliate yang berjaya selalunya berkawan dengan para affiliate yang lain serta menjalinkan hubungan rapat dengan tuan punya produk yang mereka pasarkan.

Ini akan membolehkan affiliate-affiliate ini mendapat lebih banyak leverage serta pelbagai info-info ‘dalaman’ dari pihak pengusaha produk dan sesuatu program affiliate itu.

Oleh itu, mula untuk menjadi affiliate yang mempunyai fikiran seperti seorang pemilik perniagaan yang sebenar.

Ciri-ciri #2: Fokuskan pada jualan berterusan

Memang tidak dinafikan dengan menyertai affiliate bagi sesuatu produk yang akan dilancarkan secara besar-besaran (seperti produk-produk ‘buat duit online’) ianya dikira amat lumayan untuk jangka masa yang singkat.

Tak mustahil untuk anda menjana sehingga 4 angka dalam masa beberapa hari hasil mempromosi produk-produk ‘big launch’. Tapi usahlah anda hanya fokuskan kepada ‘big launch’ sahaja sepanjang kareer anda sebagai seorang pemasar affiliate.

Fokuskan juga pada penjualan produk secara berterusan sepanjang tahun. Sebagai contoh, promosikan juga produk-produk berkaitan niche-niche selain buat buit online seperti produk berkaitan kesihatan, percintaan, motivasi ataupun lain-lain.

Ini kerana, produk-produk seperti ini mempunyai permintaan setiap masa dan jualannya pada kebiasannya tidak akan ditutup oleh pengusaha produk dan program affiliate tersebut.

Kalau produk berkaitan buat duit online ni, biasanya pengusaha produk tersebut akan menutup jualan pada tempoh-tempoh masa tertentu atau setelah kuota jualan telah dipenuhi.

Dengan memfokuskan jualan produk-produk yang berterusan, potensi anda manjana pendapatan sehingga 6 angka dalam masa setahun tidak mustahil!

Oleh itu, setelah anda menyertai sesuatu pelancaran besar-besar atau ‘big launch’, jangan lupa untuk anda memulakan projek affiliate anda berkaitan produk yang bukan niche buat duit online.

Ciri-ciri#3: Bertindak, bukan hanya mengkaji, mengkaji dan mengkaji

Teknik ini bunyinya agak ‘kontrovesi’. Tapi tak salah untuk anda cuba aplikasikannya demi kepentingan diri anda sendiri J

Caranya, hentikan membeli ebook-ebook panduan buat duit melalui affiliate yang lain (setelah anda dah pun beli beberapa buah). Jika ada mana-mana produk panduan buat duit dengan affiliate yang baru dikeluarkan dipasaran, usah anda kisah dan hiraukannya. Jangan beli!

Apa yang anda boleh buat ialah aplikasikan dulu panduan yang sedia ada anda miliki dan anda lihat otai-otai atau nama-nama besar bagaimana strategi mereka mempromosikan produk-produk affiliate big launch yang lain.

Anda ikut cara mereka dan jalankan promosi anda sendiri. Maksud saya bukanlah anda kena tiru bulah-bulat. Ambil teknik mereka dan olah serta sesuaikan dengan diri anda sendiri dalam kempen pemasaran produk affiliate anda.

Itulah dia beberapa ciri-ciri yang harus ada dalam diri seseorang itu untuk menjadi pemasar affiliate yang berjaya. Akan tetapi ciri-ciri ini bukanlah satu-satunya ciri-ciri yang harus anda ikuti. Terdapat banyak lagi cara yang boleh membuatkan anda mencapai impian anda untuk membina kekayaan melalui affiliate.



0 comments:

Post a Comment

 
Sistem Jualan Lengkap © 2012