Sekarang kita akan ke bab
yang seterusnya. Ia berkaitan mengapa sebenarnya anda harus memilih untuk
menjadi seorang affiliate sebagai langkah pertama anda dalam kerjaya anda
sebagai seorang usahawan internet.
Jika anda sudahpun mula
menyedari akan potensi perniagaan internet melalui affiliate ini, terdapat
beberapa sebab mengapa anda patut teruskan usaha murni anda tersebut di dalam
usaha anda menjana pendapatan berterusan untuk jangka masa yang lebih lama.
Berikut saya kongsikan
bersama anda sebab-sebab mengapa pemasaran melalui affiliate ini boleh menjadi
model perniagaan yang menguntungkan untuk membina saluran pendapatan buat anda
yang kukuh setersunya membolehkan anda mengembangkan lagi perniagaan anda
melalui internet.
Salah-satu sebab utama
tersebut ialah pemasaran melalui affiliate ini merupakan model perniagaan
internet yang paling sesuai bagi mereka yang baru ingin menceburi bidang
penjanaan pendapatan melalui internet. Ini kerana, kos atau modal yang
diperlukan teramat rendah sekali (tidak mengambil kira kos untuk tujuan promosi
berbayar).
Malah, kebanyakkan pengusaha
program affiliate di Malaysia ini tidak memerlukan anda untuk membayar sebarang
kos pendaftaran untuk menyertai sebagai affiliate mereka.
Kos atau modal amat terhad
hanya di mana anda perlu ambil kira kos dari segi penyambungan talian internet
anda, perisian-perisian (software)
yang mungkin membantu anda menguruskan perniagaan affiliate anda, ataupun kos
untuk anda membina laman web anda sendiri untuk anda promosikan produk-produk affiliate
pilihan anda.
Dengan perkhidmatan penyedia web hosting yang amat murah di masa ini,
membina laman web anda yang pertama tidak akan melebihi dalam linkungan RM60
secara keseluruhannya.
Selain itu, jika anda
telahpun ada laman web anda sendiri, ini lebih bagus. Anda tak perlu pun
apa-apa kos tambahan untuk anda mulakan perniagaan affiliate anda. Hanya
letakkan banner-banner promosi yang mengandungi link affiliate anda sendiri.
Anda juga bebas untuk
menyertai mana-mana program affiliate yang menawarkan anda mempromosi apa jua
produk pun mengikut minat anda sendiri.
Dengan memilih program
affiliate yang mempunyai kaitan dengan bidang yang menjadi minat anda, ini
dapat menaikkan lagi motivasi anda untuk terus bergiat secara aktif dengan
affiliate untuk jangka masa yang lebih lama.
Dengan cara itu, bolehlah
anda menjana pendapatan dan dalam masa yang sama anda melakukan kerja yang anda
minat.
Sebab lain yang membuatkan
pemasaran affiliate ini merupakan keadah buat duit yang lumayan, ia mempunyai pelbagai
kategori yang berbeza untuk anda libatkan diri. Anda boleh bermula dengan PPL
iaitu model affiliate yang paling mudah untuk anda jana pendapatan melaluinya.
Anda promosikan iklan banner
sebagai contoh, yang akan membawa pelawat anda ke laman optin pengusaha sesuatu program affiliate itu. Jika pelawat anda
itu mengisi email mereka di laman optin
tersebut anda akan dapat komisyen. Tak ke mudah tu kan?
Sebab setersunya ialah
mengapa affiliate ini sesuatu yang patut anda cuba, ianya tidak memerlukan anda
untuk anda berhenti kerja tetap makan gaji anda. Anda masih boleh menjalankan
projek-projek berkaitan perniagaan affiliate anda tapi dalam masa yang sama,
anda masih bekerja makan gaji di pejabat anda.
Tak perlu anda nak
terus-terus mulakan perniagaan affiliate anda sepenuh masa yang belum tentu
pasti samada ianya akan berjaya atapun tidak. Apa yang boleh anda lakukan ialah
tetapkan hanya beberapa jam sahaja dalam masa sehari anda untuk anda
mendaftarkan diri ke dalam beberapa program affiliate, mempromosikan laman web
affiliate tersebut seterusnya mengembangkan lagi perniagaan affiliate anda.
Semakin lama, semakin banyak
pendapatan yang berjaya anda jana melalui perniagaan affilait anda, anda
bolehlah menetapkan masa yang lebih lagi dalam menguruskan projek perniagaan
affiliate anda, seterusunya jika ianya lebih berjaya dan boleh menggantikan
pendapatan bulanan dari makan gaji anda, boleh lah anda menjadi full-timer affiliate.
Jika anda perasan, tak banyak
peluang penjanaan pendapatan tambahan yang memilikki ciri-ciri fleksibeliti
seperti ini.
Pemasaran melalui affiliate
bukanlah skim cepat kaya. Anda perlu ingat. Walaupun terdapat peluang yang
besar untuk anda menjana pendapatan yang tiada batasan melaluinya, anda perlu
ingat yang anda masih perlu korbankan masa dan tenaga anda untuk membina
perniagaan affiliate anda pada mulanya.
Tetapi apa yang menarikanya,
setelah laman web (blog) anda untuk anda promosikan produk affiliate yang anda
sertai, makin lama makin mudah laman web anda tersenarai di enjin carian dan
dari situ bolehlah anda menjana komisyen tanpa henti.






0 comments:
Post a Comment